Jumaat lepas saya telah dipaksa menunggu sebab saya memerlukan favor dari someone, dan dia pula memerlukan masa untuk menyelesaikan perancangan dia terdahulu.
Saya tidak dimaklumkan tempoh berapa lama saya perlu tunggu, tapi katanya tak lama. Lama juga untuk saya fahami, yang tak lama baginya adalah lama bagi saya.
Kebelakangan ini baru saya faham, maksud relatif. Sesuatu yang relatif dan subjektif tu rupanya tergantung pada penerimaan dan perspektif seseorang, ya.
Kesudahannya, kali keberapa pertanyaan saya, saya masukkan kuantiti yang objektif untuknya. Seperti, berapa minit? Jadi dia perlu jawab kuantiti yang berunit juga.
Cumanya, saya dikenakan lagi, 10 minit dia, lebih kurang 30 minit dia. I wonder how does jam nya bergerak.
Tapi terpaksalah juga sebab kita perlukan favor darinya.