Kecoh pasal nak masukkan Bangladeshi seramai 1.5 juta orang.
Yang orang tak tahu,
tak ramai nak kerja di ladang,
tak ramai nak kerja buruh binaan,
tak ramai nak berpanas susun kargo,
tak ramai nak cuci toilet kat mall, airport, RNR,
tak ramai yang nak jadi tukang angkut barang perabot,
tukang cuci meja makan.
Mungkin ramai nak, tapi tak puas hati dengan gaji.
Memang kalau kira penyebabnya orang Malaysia juga.
Nak makan murah,
Nak bayar gaji orang murah,
Nak servis semua benda murah,
Nak kos untuk semua urusan rendah.
Tapi,
Barang-barang jualan mahal,
Rumah pun mahal,
Sedangkan,
Gaji kecil sangat. Sebab gaji saja yang boleh diubah-ubah, sedangkan kos lain adalah mengikut kuasa pasaran global.
Ramai sebenarnya, bukan tak mahu kerja berat, ada yang mencuba, tapi tak tahan, dan secara automatik menyebabkan kos meningkat kepada penyedia perkhidmatan.
Kos recruitment, kos training, kos uniform, semua tu perlu diambil kira untuk hire pekerja. Tapi pekerja, kerja dua minggu (true story) terus tak sanggup, lepas tu berhenti. Belum pulang pun lagi modal recruitment, training and uniform.
Sedangkan ada majikan yang offer bagus, with benefits for medical, etc tapi entahlah, mungkin sebab orang Malaysia sekarang terlalu manja.
Tapi tak perlulah nak bising sangat, sebabnya, keputusan untuk buat apa-apa secara besar-besaran ni bukan terletak di tangan seorang Menteri saja. Ada SOP semua perkara ini dan permintaan ini bukan datang dari Menteri saja, Menteri cuma mewakili permintaan dari seluruh industri contohnya, perladangan, pembinaan, pengangkutan/pengendalian kargo, restoran, spa, pencucian dan pembersihan dan lain-lain.
Memang ada industri yang hampir lumpuh sebab tak cukup pekerja, tidak dinafikan yang puncanya bukanlah 100% masalah pekerja, ada isu kecekapan perkhidmatan juga, tapi...
Terpulanglah.
Be rationale.
Dalam setiap apa yang diputuskan harapnya ada jugalah jalan untuk mengatasi kebergantungan kepada pekerja asing ni.
InsyaAllah.